Tahun Baru Cina 2014

PERMANIS UKM mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada mahasiswa/si yang berbangsa Cina.

Selamat Bercuti

PERMANIS UKM mengucapkan selamat bercuti kepada mahasiswa/si UKM.

PERMANIS UKM

PERMANIS TETAP DIHATI.

Ukhuwah

Bukan nama yang hendak dikejar, tetapi tentang kehidupan yang hendar diajar.

Majlis Ramah Mesra Bersama DSU MB Mohamad Hasan

Dihadiri oleh wakil-wakil Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan dari 19 buah IPTA.

PERTANDINGAN BOWLING SANTAI MAHASISWA NEGERI SEMBILAN



SEREMBAN, 8 FEBRUARI - Satu program Pertandingan Bowling Santai Mahasiswa Negeri Sembilan telah diadakan seawal jam 1.00 petang bertempat di Ampang Superbowl, Seremban Prima. Sesuai dengan tema yang dibawa iaitu "Sodotik Bersamo, Selamo Eh Bermakno", program anjuran Pertubuhan Mahasiswa Negeri Sembilan (MANIS) ini bertujuan untuk mengumpul anak-anak Negeri Sembilan yang menuntut di seluruh IPTA dan mengeratkan lagi ikatan persaudaraan.

Anggaran seramai 238 peserta yang telah hadir yang terdiri daripada 18 buah pasukan Universiti dan 7 pasukan alumni Universiti. Turut hadir bersama dalam memeriahkan lagi program ini ialah YB Dato Zaifulbahri Bin Idris (Exco Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri Sembilan), Puan Wan Salwati, Puan Zuliana Ridzuan (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YNS), En Hanafi Harun (Penolong Pengarah YNS) serta Puan Adibah Adnan (Akauntan YNS). Program berjaya dilaksanakan dan tamat pada jam 7.00 malam.

Majlis Ramah Mesra Bersama MB



SEREMBAN - Majlis Ramah Mesra telah diadakan antara DSU Menteri Besar Negeri Sembilan bersama wakil mahasiswa dari 19 buah IPTA di seluruh Malaysia. Progam ini dianjurkan oleh pihak MANIS dalam usaha merapatkan jurang antara pemimpin negeri serta memberi peluang kepada mahasiswa melontarkan pandangan dalam uasah mewujudkan interaksi dua hala.

Dalam pertemuan, Menteri Besar Datuk Seri Utama Mohamad Hasan telah menyarankan supaya mahasiswa bercampur dengan masyarakat luar. Ujarnya lagi, mahasiswa merupakan pelapis pemimpin pada masa hadapan. Majlis turut dihadiri oleh barisan Exco-Exco Kerajaan Negeri Sembilan. Majlis tamat pada jam 3 petang.

Rehlah Ar-Ramadhan



NEGERI SEMBILAN - Pihak Mahasiswa Negeri Sembilan di USIM dengan kerjasama Pertubuhan Mahasiswa Negeri Sembilan (MANIS) telah mengadakan program Rehlah Ar-Ramadhan mahasiswa Negeri Sembilan, pada 29 Julai - 1 Ogos 2013 . Program ini telah menghimpunkan seramai 60 orang peserta dari PERMANIS seluruh IPTA serta bertujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (PERMANIS) seluruh IPTA.

Rehlah Ar-Ramadhan telah dijalankan selama 4 hari, bermula di kawasan Rembau diikuti Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Maahad Ahmadi Gemencheh, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Undang Musa Al-Haj dan Sekolah Menengah Agama Nilai. Antara akiviti menarik yang telah dijalankan ialah, membangunkan semula kawasan masjid/surau usang, mengadakan aktiviti merewang bagi majlis berbuka puasa, sesi perkongsian ilmiah bersama pelajar sekolah serta memupuk semangat keikhlasan semasa melakukan ibadah.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Khairy Jamaludin yang merupakan ahli Parlimen Rembau. Beliau juga telah menyampaikan beberapa amanat kepada penduduk kampung serta pihak mahasiswa yang hadir. Program Rehlah Ar-Ramadhan berakhir pada hari khamis dengan jayanya.

Sehari Bersama Mahasiswa UKM



UKM BANGI, 16 DISEMBER - Program Sehari Bersama Mahasiswa UKM bersama pelajar sekolah SMK Seri Sendayan, Negeri Sembilan. Program ini diketuai oleh Nurul Aziela Binti Abdul Aziz dengan kerjasama Fakulti Pengajian Islam (FPI), Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL). Tujuan program adalah mendedahkan para pelajar SMK Seri Sendayan kepada kehidupan di universiti, memberi dorongan dan semangat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi serta mempromosikan UKM. 

Rombongan pelajar seramai 40 orang berserta 3 orang guru pengiring telah dibawa mengelingi dan menikmati keindahan pemandangan UKM. Antara tempat lawatan yang dikunjungi ialah Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Taman Paku Pakis, Pusat Anika Pelajar (PUSANIKA), Fakulti Sains, Sosial dan Kemasyarakatan (FSSK), Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) dan Masjid Universiti. Semasa dalam kunjungan, penerangan telah diberi bagi menanam rasa minat dalam diri para pelajar untuk lebih berjaya dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelak. Program berakhir pada jam 5.00 petang.

Retreat Kepimpinan Mahasiswa Negeri Sembilan



Rembau, 01 Nov. – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan hadir menyempurnakan Majlis Retreat Kepimpinan Kumpulan Mahasiswa Negeri Sembilan 2013, di Kem Bina Negara, Ulu Sepri, Rembau, hari ini.
Beliau yang pernah menyandang jawatan Presiden Anak Negeri Sembilan Univerisiti Malaya, 1976 berpengalaman serupa dengan mahasiswa yang hadir di majlis retreat di mana beliau berpandangan dan berpendapat bahawa golongan mahasiswa ini merupakan golongan yang kritis.
Ujarnya, “walaupun mereka kelihatan tidak sependapat dan sehaluan dengan pemikiran orang lain, namun pemikiran kritis tersebut bukan bermakna membangkang, malah mampu memberikan : baca selanjutnya>>

Sumber: Berita N9 Kini

Hari Keluarga PERMANIS UKM 2013



TELUK KEMANG, 7 DISEMBER – Program Hari Keluarga PERMANIS UKM 2013 telah diadakan di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini diterajui pimpinan saudara Muhammad Nur Naim Bin Mohd Razali yang bertemakan “Sekilas Ukhwah Menjana Wahdah”. Program satu hari ini dijalankan bagi memberi peluang kepada ahli-ahli PERMANIS Tahun 1 untuk beramah mesra dengan barisan kepimpinan PERMANIS UKM yang baru serta mengenali mereka dengan lebih rapat. 

Pelbagai aturcara menarik yang telah disusun antaranya program interaksi, Smoked BBQ, sukaneka dan mandi laut. Program ini juga turut diserikan dengan kehadiran wakil Pegawai BTN Negeri Sembilan dan wakil-wakil PERMANIS IPTA. Program berakhir pada pukul 9.00 malam dengan penyampaian hamper kepada para peserta.

Melangkah Ke Alam Remaja (MeKAR)




RANTAU, NOVEMBER – Program Melangkah Ke Alam Remaja (MeKAR) telah diadakan pada 16-17 November 2013 bertempat di SK Nyatoh, Rantau, Negeri Sembilan. Program dibawah pimpinan saudara Ahmad Murtadha Bin Abd Jalil ini bertemakan "Pengukuhan Akhlak Meniti Kedewasaan".

Pada hari pertama program, ketibaan PERMANIS UKM telah disambut oleh adik-adik cilik SK Nyatoh. Kemudian diikuti dengan program ramah mesra bersama YDP PIBG SK Nyatoh, guru besar, guru-guru serta pelajar. Program diteruskan lagi dengan sesi Ice Breaking, Latihan Dalam Kumpulan, Motivasi dan acara sukan serta permainan. Pada malam sabtu juga telah diadakan bacaan Yaasin bagi persediaan adik-adik menghadapi UPSR pada tahun hadapan.

Pada hari kedua, Program MEKAR diteruskan dengan acara berkhatan beramai-ramai. Kaunter pendaftaran peserta berkhatan dibuka seawal jam 7.00am. Seterusnya, para peserta dibawa berarak ke dewan dengan diiringi bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W., dan program telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Nyatoh. Dengan kehadiran Dato' Akhir Zaman, guru-guru, pihak YNS, pihak-pihak yang bertanggungjawab, serta peserta berkhatan melengkapkan lagi program ini. Program berakhir pada jam 2.00pm.

Majlis Konvokesyen UKM Ke-41



UKM BANGI, OKTOBER – Majlis Konvokesyen UKM kali ke-41 telah diadakan pada 26-29 Oktober 2013. Pada kali ini telah memperlihatkan sebanyak 8 sidang kesemuanya, yang telah diwakili semua fakulti dibawah naungan Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis yang penuh gemilang telah dimulakan dengan alunan lagu kebesaran Negeri Sembilan dan seterusnya lagu Varsiti Kita, yang telah diadakan di dalam dewan yang penuh mulia Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR).

Pihak PERMANIS UKM telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Meraikan Mantan PERMANIS UKM yang bergraduasi pada Majlis Konvokesyen UKM kali ke-41. Turut terlibat dalam penganugerahan ini ialah bekas Yang Dipertua PERMANIS UKM sesi 2012/2013, saudara Mohd Muttaqin Bin Mulup.

Walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu, Majlis Konvokesyen UKM kali ke-41 tetap berjalan dengan lancar dan penuh gemilang. 

Majlis Sanjungan Bakti (MASTI)



BANGI GOLF RESORT, 10 OKT – Majlis Sanjungan Bakti (MASTI) merupakan majlis makan malam PERMANIS UKM yang diadakan bertujuan meraikan mantan-mantan PERMANIS sesi 2012/2013. Dibawah pimpinan Ketua Pengarah Program Muhammad Syazwan Mohd Sharif telah mengetengahkan tema pemakaian dalam watak novel karangan Lewis Carrol, iaitu Mad Hatter. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh pimpinan baru PERMANIS UKM sesi 2013/2014.

Majlis Sanjungan Bakti (MASTI) ini telah dirasmikan oleh Prof. Dato' Ir. Dr. Othman A. Karim selaku Penasihat Kehormat PERMANIS UKM dan juga memangku jawatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) UKM. Bacaan watikah pelantikan juga turut disampaikan oleh saudara Muhammad Irfan Bin Ishak sebagai permulaan peneraju PERMANIS UKM untuk sesi 2013/2014.

Majlis ini  turut dimeriahi dengan kehadiran wakil-wakil ahli PERMANIS IPTA seperti UM, UiTM dan UPM. Persembahan yang mengujakan daripada artis jemputan iaitu band Mospeada turut menggamitkan suasana pada malam tersebut. Majlis berakhir pada jam 11.00 malam.