TELUK KEMANG, 7 DISEMBER – Program Hari Keluarga PERMANIS UKM 2013 telah diadakan
di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini diterajui pimpinan
saudara Muhammad Nur Naim Bin Mohd Razali yang bertemakan “Sekilas Ukhwah Menjana Wahdah”. Program satu hari ini dijalankan bagi memberi peluang kepada ahli-ahli
PERMANIS Tahun 1 untuk beramah mesra dengan barisan kepimpinan PERMANIS UKM yang
baru serta mengenali mereka dengan lebih rapat.
Pelbagai aturcara menarik yang telah disusun antaranya program interaksi, Smoked BBQ, sukaneka dan mandi laut. Program ini juga turut diserikan dengan kehadiran wakil Pegawai BTN Negeri Sembilan dan wakil-wakil PERMANIS IPTA. Program berakhir pada pukul 9.00 malam dengan penyampaian hamper kepada para peserta.

0 ulasan:
Catat Ulasan