Rehlah Ar-Ramadhan



NEGERI SEMBILAN - Pihak Mahasiswa Negeri Sembilan di USIM dengan kerjasama Pertubuhan Mahasiswa Negeri Sembilan (MANIS) telah mengadakan program Rehlah Ar-Ramadhan mahasiswa Negeri Sembilan, pada 29 Julai - 1 Ogos 2013 . Program ini telah menghimpunkan seramai 60 orang peserta dari PERMANIS seluruh IPTA serta bertujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (PERMANIS) seluruh IPTA.

Rehlah Ar-Ramadhan telah dijalankan selama 4 hari, bermula di kawasan Rembau diikuti Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Maahad Ahmadi Gemencheh, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Undang Musa Al-Haj dan Sekolah Menengah Agama Nilai. Antara akiviti menarik yang telah dijalankan ialah, membangunkan semula kawasan masjid/surau usang, mengadakan aktiviti merewang bagi majlis berbuka puasa, sesi perkongsian ilmiah bersama pelajar sekolah serta memupuk semangat keikhlasan semasa melakukan ibadah.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Khairy Jamaludin yang merupakan ahli Parlimen Rembau. Beliau juga telah menyampaikan beberapa amanat kepada penduduk kampung serta pihak mahasiswa yang hadir. Program Rehlah Ar-Ramadhan berakhir pada hari khamis dengan jayanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan