UKM BANGI, OKTOBER –
Majlis Konvokesyen UKM kali ke-41 telah diadakan pada 26-29 Oktober 2013. Pada
kali ini telah memperlihatkan sebanyak 8 sidang kesemuanya, yang telah diwakili
semua fakulti dibawah naungan Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis yang penuh
gemilang telah dimulakan dengan alunan lagu kebesaran Negeri Sembilan dan
seterusnya lagu Varsiti Kita, yang telah diadakan di dalam dewan yang penuh
mulia Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR).
Pihak PERMANIS UKM
telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Meraikan Mantan PERMANIS UKM
yang bergraduasi pada Majlis Konvokesyen UKM kali ke-41. Turut terlibat dalam
penganugerahan ini ialah bekas Yang Dipertua PERMANIS UKM sesi 2012/2013,
saudara Mohd Muttaqin Bin
Mulup.
0 ulasan:
Catat Ulasan