BANGI GOLF RESORT, 10
OKT – Majlis Sanjungan Bakti (MASTI) merupakan majlis makan malam PERMANIS UKM yang
diadakan bertujuan meraikan mantan-mantan PERMANIS sesi 2012/2013. Dibawah pimpinan Ketua Pengarah Program Muhammad
Syazwan Mohd Sharif telah mengetengahkan tema pemakaian dalam watak novel karangan Lewis Carrol, iaitu Mad Hatter. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh pimpinan baru PERMANIS UKM sesi 2013/2014.
Majlis Sanjungan Bakti (MASTI) ini telah dirasmikan oleh Prof. Dato' Ir. Dr. Othman A. Karim selaku Penasihat Kehormat PERMANIS UKM dan juga memangku jawatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) UKM. Bacaan watikah pelantikan juga
turut disampaikan oleh saudara Muhammad Irfan Bin Ishak sebagai permulaan peneraju
PERMANIS UKM untuk sesi 2013/2014.
Majlis ini turut dimeriahi dengan kehadiran wakil-wakil ahli PERMANIS IPTA seperti UM, UiTM dan UPM. Persembahan yang mengujakan daripada artis
jemputan iaitu band Mospeada turut menggamitkan suasana pada malam tersebut. Majlis berakhir pada jam 11.00 malam.
0 ulasan:
Catat Ulasan