UKM BANGI, 16 DISEMBER - Program Sehari Bersama Mahasiswa UKM bersama pelajar sekolah SMK Seri Sendayan, Negeri Sembilan. Program ini diketuai oleh Nurul Aziela Binti Abdul Aziz dengan kerjasama Fakulti Pengajian Islam (FPI), Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL). Tujuan program adalah mendedahkan para pelajar SMK Seri Sendayan kepada kehidupan di universiti, memberi dorongan dan semangat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi serta mempromosikan UKM.
Rombongan pelajar seramai 40 orang berserta 3 orang guru pengiring telah dibawa mengelingi dan menikmati keindahan pemandangan UKM. Antara tempat lawatan yang dikunjungi ialah Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Taman Paku Pakis, Pusat Anika Pelajar (PUSANIKA), Fakulti Sains, Sosial dan Kemasyarakatan (FSSK), Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) dan Masjid Universiti. Semasa dalam kunjungan, penerangan telah diberi bagi menanam rasa minat dalam diri para pelajar untuk lebih berjaya dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelak. Program berakhir pada jam 5.00 petang.
0 ulasan:
Catat Ulasan