SEREMBAN, 8 FEBRUARI - Satu program Pertandingan Bowling Santai Mahasiswa Negeri Sembilan telah diadakan seawal jam 1.00 petang bertempat di Ampang Superbowl, Seremban Prima. Sesuai dengan tema yang dibawa iaitu "Sodotik Bersamo, Selamo Eh Bermakno", program anjuran Pertubuhan Mahasiswa Negeri Sembilan (MANIS) ini bertujuan untuk mengumpul anak-anak Negeri Sembilan yang menuntut di seluruh IPTA dan mengeratkan lagi ikatan persaudaraan.
Anggaran seramai 238 peserta yang telah hadir yang terdiri daripada 18 buah pasukan Universiti dan 7 pasukan alumni Universiti. Turut hadir bersama dalam memeriahkan lagi program ini ialah YB Dato Zaifulbahri Bin Idris (Exco Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri Sembilan), Puan Wan Salwati, Puan Zuliana Ridzuan (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YNS), En Hanafi Harun (Penolong Pengarah YNS) serta Puan Adibah Adnan (Akauntan YNS). Program berjaya dilaksanakan dan tamat pada jam 7.00 malam.
0 ulasan:
Catat Ulasan